Seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran kekurang ajarnya kepada baginda lalu nasihat baginda lebih kurang maksud:
Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?
Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali..
Lalu Nabi bersabda(lebih kurang maksud):
Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)
Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..
Sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya.., sehingga berkata sahabat ini:
“sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”
Namun, dewasa ini, kita orang islam mengaku benci zina, tapi tidak dapat tidak, kita tak dapat mengelak dari zina…., di jalanan kita terdedah kepada segalam macam bentuk pra zina.., malahan di mana sahaja!!!
Kes zina telah menular ke seluruh cerok kampong, ke gugusan felda, ke celah celah bangunan sekolah, ke ITP, ke balai polis, ke kem tentera, ke Universti, malahan sampai ke masjid!!!
Naduzubillah?
Kenapa semua ini terjadi?
Adakah kerana masyarakat hari ini kurang pendidikan seks?
Tahukkah korang tentang pendidikan seks?
Dah lama aku dengar desas desus dan ura ura untuk mewujudkan pendidikan seks di sekolah, tapi apa sudah jadi pada cadangan itu?
Telah wujudkan?
Serius, aku tak tahu, jika sudah wujud, apakah silibusnya?
Adakah titik inzal juga akan di masukkan ke dalam silibus?
Baru baru ni masa aku ‘jalan-jalan pergi makan’ kat KL aku nampak ada anak-anak gadis yang pakai T-shirt yang bertulis ‘I'm seks education”.
Dahsyat..., dan dahsat juga untuk mata aku yang sempat membaca tulisan di baju anak dara..oh!
Hmm, betulkah anak dara? Zaman sekarang nak cari anak gadis yang betul betul berdara, bagaimana?
Akupun tak tahu, kalau korang baik! insyaAllah korang akan dapat pasangan yang baik…
Maka kali ni, aku yang dah berkahwin, nak nasihat sikit kat orang perempuan terutamanya, kerana secara amnya merekalah punca segala zina…
Al maklumlah, wanita itu adalah senjata syaitan..
Maka korang orang perempuan, kena beringat, jangan sampai setan jadikan korang sebagai ‘senjata’..
Aku bila terpandang wanita yang cantik dan seksi, yang memakai baju yang nampak ‘lurah neraka’ di jalanan berkata “oh! Kasihan kepada senjata setan ini…, lalu tundukkan pandangan dan membaca doa terlihat perempuan”
(jauhilah aku dari fitnah wanita dan azab kubur)
Nampak beriman dan baik aku kan? Huh, cuba wanita cantik macam Sonale bandre goda aku di tempat tertutup, kat luar hujan lebat, huh! meremang bulu janggutku, tercabut kopiah, dan masuk neraka aku agaknya.. naduzubillah.
Aku berlindung dari ujian godaan seks..oh!
Sunday, May 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment