"Begitu tinggi nilai air mata taubat itu sama nilainya dengan darah syuhada yang tumpah sebagai wira islam ,yang sanggup mengorbankan jiwa demi agama Allah dan keredhaan-Nya"
Hamba Allah yang sentiasa bermuhasabah diri, merasa kesuntukan masa untuk melakukan ketaatan pada Allah. Malam baginya bukan untuk beristirehat sebagaimana org lain, sebaliknya itulah ketika yang paling syahdu untuk berighfar memohon keampunan dan bertaubat terhadap Allah SWT. Air mata terus mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, dalam hatinya dipenuhi pertanyaan ; adakah dirinya layak memasuki syurga Allah?sedangkan dia amat sedar ketidakupayaanya untuk menghuni neraka yang dahsyat itu.
Justeru itu air matanya terus mengalir di malam yang hening mengenangkan keadaan dirinya. Dalam situasi yang serba lemah itu, dia menyerahkan dirinya kepada Allah SWT. Dengan linangan air mata dia mengharapkan dosanya akan diampunkan juga, dia tidak merasa kecewa dan putus asa daripada rahmat Allah kerana Allah Maha Penerima taubat hamba-Nya.
Rasulullah SAW menyatakan bahawa di akhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah. Allah SWT berseru, "Di manakah hamba-hambaKu yang menangis?" Lalu Allah SWT memerintahkan para malaikat-Nya supaya membawa hamba-hambaNya yang menangis di siang hari lebih-lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.
Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat para ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang menjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.
Sunday, May 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment