Sunday, May 16, 2010

Surah Al-Insyirah (Surah ke 94)

Surah Al Inshirah atau Surat Alam Nasyrah adalah surat ke-94 dalam Al Qur'an. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan sesudah surat Adh Dhuhaa. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang berarti: bukankah Kami telah melapangkan.


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿١﴾
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿٢﴾
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿٣﴾
3. yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿٤﴾
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾
7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ ﴿٨
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa yang Engkau gemar dan ingini).

No comments:

Post a Comment